Saturday, 17 September 2016

TROPIKA MOMMY SPA Antiseptic Belly Cream




Mommy Spa Antiseptic Belly Cream diformulasi menggunakan adunan minyak kelapa dara bersama minyak pati Jojoba dan Tea Tree yang berkesan untuk memelihara kelembapan dan kehalusan kulit anda di samping membantu mengurangkan kesan regangan serta masalah kegatalan, kulit kering dan bersisik.

Kebaikan Mommy Spa Antiseptic Belly Cream

  • Mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit
  • Meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit
  • Mengurangkan kesan regangan pada kulit perut
  • Meningkatkan penghasilan kolagen dalam lapisan kulit
  • Membantu mengatasi masalah kulit kering dan bersisik
  • Mengatasi masalah alahan, radang dan kegatalan
  • Melindungi tubuh badan daripada jangkitan bakteria dan kuman
  • Mencegah kerosakan kulit akibat sinaran UV
  • Mendingin dan menyegarkan lagi kulit anda
  • Bebas daripada bahan pengawet dan kimia yang boleh membahayakan kesihatan
  • Bertindak sebagai aromaterapi yang dapat menenangkan ibu bersalin

Kandungan Mommy Spa Antiseptic Belly Cream

Air: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, menyingkirkan toksin, melambatkan proses penuaan serta menyegarkan lagi kulit anda.
Minyak Kelapa Dara: Minyak kelapa dara merupakan minyak kelapa yang diproses tanpa melibatkan haba atau kimia untuk mengekalkan struktur asalnya. Ia rendah kalori dan bersifat antioksidan serta kaya dengan khasiat dari sumber vitamin A, C, dan E yang terbukti mempunyai khasiat untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh, melindungi tubuh daripada radikal bebas, merawat sel kulit serta membasmi bakteria dan kuman. Minyak kelapa dara juga bertindak menghalus dan melembapkan kulit serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu yang akan merosakkan kulit.
Jojoba: Minyak Jojoba kaya dengan khasiat dari sumber asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E serta bersifat antibakteria bagi mencegah dan merawat jangkitan pada kulit, mengurangkan masalah radang serta membantu mengekalkan kelembapan kulit anda.
Minyak Tea Tree: Ekstrak daun dari pokok tea tree atau T-tree kaya dengan zat terpenoid serta bersifat antiseptik yang berperanan mengatasi mencegah serangan bakteria dan kuman, mempercepatkan pemulihan luka serta mengatasi kesan alahan pada kulit. Di samping itu, ia juga berupaya memperbaiki struktur kulit, mengatasi masalah kulit seperti jerawat, ekzema, radang dan kegatalan serta menyejukkan dan mendinginkan kulit anda.

Cara Penggunaan Mommy Spa Antiseptic Belly Cream

  1. Sapukan Mommy Spa Antiseptic Belly Cream pada permukaan kulit.
  2. Amalkan setiap pagi dan petang selepas mandi untuk hasil yang memberangsangkan.