HARGA PASARAN : RM39.90
HARGA PROMOSI : RM35 SAHAJA
DALANA KRIM HERBA HERBA SUCI
Dalana Krim Herba menghimpunkan ramuan
semulajadi seperti minyak kelapa dara, halia, capsicum dan minyak kayu
putih bagi mengatasi sakit kepala, senggugut dan kekejangan otot di
samping membantu membuang angin dalam badan dan melancarkan sistem
pernafasan.
KHASIAT DALANA KRIM HERBA HERBA SUCI
- Membantu melegakan loya, mabuk dan pening
- Membantu melegakan senggugut
- Membantu melegakan kembung perut
- Membuang angin dalam badan
- Mengatasi lenguh dan kekejangan otot
- Membantu melancarkan sistem pernafasan
- Mengatasi masalah sakit kepala, hidung tersumbat dan kahak
- Membantu meredakan tekanan
KANDUNGAN DALANA KRIM HERBA HERBA SUCI
- Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan tubuh badan. Ia menggalakkan fungsi organ dalaman, membantu mengawal pengambilan kalori dan membantu buah pinggang menyingkir toksin dari tubuh. Air juga mampu mengekalkan kelembapan kulit, memelihara usus dan menyegarkan tubuh badan.
- Capsicum: Capsicum atau cili bulat berasal dari kawasan tropika di Amerika dan hadir dengan warna merah, kuning dan hijau. Capsicum kaya dengan Vitamin C dan beta-carotene yang bersifat antioksidan dan mampu membasmi racun dalam badan sekaligus berupaya menentang serangan penyakit. Capsicum juga mampu membakar kalori dan meningkatkan metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan, selain menstabilkan sistem penghadaman dan meningkatkan sistem imunisasi.
- Minyak Kelapa Dara: Minyak kelapa dara merupakan minyak kelapa yang diproses tanpa melibatkan haba atau kimia untuk mengekalkan struktur asalnya. Ia bersifat antioksidan dan terbukti mempunyai khasiat untuk kesihatan dalaman dan luaran, seperti membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh, mencegah kerosakan sel serta membantu mengatasi masalah kesihatan.
- Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan dan memelihara sistem saraf. Selain itu, halia turut berupaya menyahtoksin, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.
- Minyak Kayu Putih: Minyak kayu putih mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang berperanan mencegah kuman sekaligus menyembuhkan luka dan mengatasi masalah kulit seperti lebam dan kegatalan. Ia juga membantu menghilangkan keletihan, sakit-sakit badan dan otot, selain meningkatkan peredaran darah dan aktiviti jantung.
CARA PENGGUNAAN DALANA KRIM HERBA HERBA SUCI
- Sapukan pada bahagian yang dikehendaki
- Gunakan 2 kali sehari untuk hasil yang optima
No comments:
Post a Comment